Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Friday, 12 August 2011

Tanda-tanda Kematian

TANDA –TANDA KEMATIAN
Bacalah….. mati tak tahu bila…. Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita pada tanda-tanda ini. Diriwayakan Rasulullah saw masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian.
Tanda 100 Hari Sebelum Mati
- Ini adalah pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang
dikehendakiNya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar ataupun tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih; jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tesebut seakan-akan bergetar. Tanda ini lazat bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati mungkin ini adalahtanda mati maka tanda ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Mati
- Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahaggian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertuis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mulamengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi bingung seketika. Adapun malaikat ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari
- Adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
- Pada ketika ini akan terasa dnyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu ddahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mempunyai banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan beersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari
- Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kitaa akan merasakan satu denyutan di sebelah iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
- Akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepad Allah swt yang telah menghidupakan kita dan sekarang mematikan pula.



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

No comments:

Post a Comment

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!