Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Saturday, 31 March 2012

Keajaiban Kaabah Menurut Kajian Santifik




Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

Fatwa & Hukum Menyambut April Fool


Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain.  Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.
Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1)  Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

Friday, 30 March 2012

Dalil Qunut Subuh Imam Syafie

Terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai doa qunut, iaitu:

1 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan samasekali. Tidak kira samada qunut subuh, witir dan nazilah (kerana bencana/bala’).

2 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan. Dan mereka ini terbahagi lagi kepada beberapa kelompok:
a . Hukumnya, ada yang mengatakannya sebagai wajib dan ada yang mengatakannya sebagai sunat sahaja.
b . Waktunya, ada yang mengatakan pada sembahyang subuh ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan pada witir, ada yang tidak. Ada yang mengatakan pada semua sembahyang dan ada yang mengkhususkan pada sembahyang tertentu. Ada yang mengatakan hanya ketika berlaku bencana.
c . Tempatnya, ada yang mengatakan sebelum rukuk dan ada yang mengatakan selepas rukuk.

Namun kami tidak berhajat untuk membahaskan semuanya secara terperinci, kerana terlalu panjang. Dan alhamdulillah kami telahpun hampir siap menterjemah fatwa yang panjang lebar mengenai qunut oleh bekas Syeikhul Azhar, al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. Fatwa ini kami kira agak lengkap dan sempurna. Dan di sini kami akan petik pembahasan dari fatwa berkenaan tentang qunut subuh sahaja. Sedangkan yang lain-lain, kami lakukan secara ringkas dan sepintas lalu sahaja. Dan segala nukilan dari kitab-kitab para ulamak yang terdapat di dalam fatwa berkenaan hendaklah dirujuk-kan kepada kitab fatwa: Buhuth Wa Fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Mu’asharah, vol. 3, hal.67-108.

Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan, dalil dan penolakkannya.

Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan: Sepintas lalu

Tidak disyariatkan bermaksud, dilarang melakukannya samada di dalam sembahyang subuh, witir dan qunut nazilah (kerana bencana).
Mereka behujah dengan hadis, antaranya ialah:

Waktu Habis Solat Isyak

Para ulama membahagikan waktu solat kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري). Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.

Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

Saturday, 24 March 2012

Raya Hari Jumaat: Benarkah Tak Wajib Solat Jumaat?

Oleh: Abu Anas Madani

Solat Jumaat Pada Hari Raya.

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد.

Soalan: “Apakah benar jika hari raya jatuh pada Hari Jumaat maka sesiapa yang telah menunaikan Solat Hari Raya tidak wajib lagi untuk menunaikan Solat Jumaat?

Dalam persolan ini terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah saw;


Pertama: Hadis Zaid bin Arqam

عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ: شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ: أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَيْفَ صَنَعَ؟ قَالَ: صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ. فَقَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ). رواه أبو داود (1590)،

Muawiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam r.a: Pernahkah awak meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya! Kata Muawiah: Bagaimana Rasulullah melakukannya? Kata Zaid: Nabi SAW melaksanakan solat Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.” [HR. Al-Khamsah, kecuali At Tirmizi. Hadis ini ditashih oleh ramai ulama’].

Kedua: Hadis Abu Hurairah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ)) رواه أبو داود رقم: 1073.

Sabda Nabi saw: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi SAW) akan

Friday, 23 March 2012

Cinta Allah Kepada HambaNya


Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."

Nabi SAW bersabda: " Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia mengujinya. Jika ia sangat mencintai-Nya, maka Allah mencubanya."

Allah berfirman yang bermaksud: "Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu." (Ali-Imran:31)

Lihatlah betapa Allah sangat menyayangi hambanya. Dia menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya. Allah mengurniakan akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk Allah yang lain. Allah menguji seseorang hambanya untuk mengetahui sejauh mana kesetiaan seseorang hamba terhadap Allah. Allah tidak menguji seseorang hamba-Nya melebihi apa yang mampu dilakukan oleh hamba itu.

Tetapi apa yang terjadi pada hari ini, bunuh diri, bunuh diri, bunuh diri, dan banyak lagi. Mereka tidak sedar yang mereka sentiasa dilihat oleh Allah. Allah sentiasa berada di sisi kita. Sentiasa bersama kita. Sebagai hambanya, kita hendaklah lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan-Nya. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah-Nya....

Allah Sentiasa Mendengar Rintihan Hamba-HambaNya

Keluhan orang yang berdosa kerana dosa-dosanya, Allah amat suka. Sekiranya gugurnya

Saudari, Masih Sempat Menutup Aurat

"Saudari, Masih Sempat Untuk Menutup Aurat"
Saya tahu mesej dakwah tentang penjagaan aurat sudah terlalu banyak di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan dalam pelbagai ragam. Semuanya baik-baik belaka. Saya yakin ramai di antara kita tahu hukum menutup aurat itu wajib secara syari'e.
Tetapi, sedihnya masih ramai juga lagi yang tidak menutup aurat. Lihatlah di jalanan. Sebab itu saya sengaja ingin menyelit untuk menambah, sekadar perkongsian tambahan daripada diri yang tidak seberapa ini.

Perintah Menutup Aurat
Berkenaan aurat wanita, bukankah telah jelas disebut di dalam Al-Quran:
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu" (Al-Ahzab:59)
Ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net) telah menjelaskan di dalam lamannya, bahawa jilbab ialah pakaian longgar semacam baju kurung. Allah memerintahkan agar ianya dilabuhkan kecuali apa yang terzahir:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"..Dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya..." (An-Nur:31)

Apabila Malaikat Mungkar Nakir Menyoal

Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan terakhir yang dihadapi oleh mayat".

Apabila si mayat dapat menjawab kesemua soalan, maka terdengarlah seruan : "Benarlah engkau"

Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi dan pakaiannya indah dan berkata : "Gembiralah anda mendapat rahmat Allah SWT dan Syurga yang cukup menyenangkan". Kemudian mayat itu berkata : "Engkau pun beruntung mendapat nikmat daripada Allah SWT, siapakah engkau ?" Jawabnya : "Akulah amal solehmu. Demi Allah SWT sepengetahuanku, engkau sangat taat mengerjakan suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran kepadamu"

Kemudian terdengarlah seruan : "Berilah dia pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga"

Kemudian mayat itu berdoa : "Ya Allah, segeralah kiamat, semoga aku berjumpa dengan

Wednesday, 21 March 2012

Hukum Istimna (onani) Dalam Islam

Masturbate atau dalam Bhs. M'sia = Melancap atau Onani (Bhs. Arab = Istimna) ialah suatu perbuatan mengeluarkan sperma dengan tangan sendiri dengan tujuan mencapai kepuasan seks secara bersendirian, tanpa pasangan. Persolan ini dirasakan amat patut dibincangkan hukumnya memandangkan ia adalah satu perkara yang sering timbul dibenak fikiran apabila seseorang itu bermusafir jauh dari pasangan hidupnya sehingga menyebabkan dia mencari sesuatu alternatif lain bagi mencari kepuasan seks dirinya. Dalam perbincangan ini perkataan onani digunakan mewakili masturbasi sebagai bahasa yang tepat mengikut Kamus Dewan.
Onani adalah suatu perbuatan yang dipandang sebagi dosa besar di sisi Islam, demikian menurut majoriti para fuqaha. Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an: Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7][1]
Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan

Apakah Alternatif Jika Ketiadaan Air Dan Debu Tanah Untuk Berwuduk

Dalam satu-satu suasana yang amat terpencil seseorang itu mungkin menghadapi krisis ketiadaan air dan ketiadaan debu tanah untuk berwudhu' atau bertayamum padahal hak kewajipan solat masih belum ditunaikan. Musafir masa kini di atas pesawat udara yang terbang selama berjam-jam lamanya tidak memungkinkan seseorang itu singgah bagi mencari bekalan air atau penggunaan debu tanah. Telahpun diterangkan di atas bahawa air itu tidaklah dapat digunakan sebagai agen bertayamum sebagaimana debu itu tidaklah dapat digunakan sebagai agen berwudhu.
Dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar, disertakan satu pengecualian yang khas dalam suasana tertekan bagi seseorang yang menghadapi krisis ketiadaan air dan debu tanah, iaitu tetap mendirikan solat secara biasa dalam keadaan berhadath kecil. Dalam ertikata lain seseorang itu tetap mendirikan solatnya tanpa berwudhu' atau bertayamum. Akan tetapi kebolehan ini bukanlah merupakan suatu ijma' di kalangan para ahli fiqh. Sebahagian dari mereka berpendapat solat seperti ini adalah tidak sah dan perlu diulangi semula apabila bertemu dengan sumber air atau debu tanah. Walaubagaimanapun di kalangan ulama Mazhab Hanbali, sebahagian dari ulama Shafie dan kebanyakan tokoh fiqh mutakhir, mereka berpendapat bahawa seseorang itu boleh bersolat seperti biasa dan tidak perlu mengulangi solat tersebut. Hujah-hujah yang dikemukan oleh mereka yang membolehkannya adalah seperti berikut:

Tuesday, 20 March 2012

Cara Niat Solat Yg Mengikut Sunnah( Tidak Membebankan)

Kita ambil contoh solat fardu Zohor : Macam mana nak Niat solat zohor . Apa yang perlu dikatakan di dalam hati. Dimanakah terletaknya Niat? 

SJ-16-0008 : niat atau lafaz wrote:

Niat sebenarnya terletak di hati. Lafaz itu cuma membantu hati untuk berniat sahaja. Niat tersebut sah tanpa lafaz. Sabda Nabi saw :-

إنما الأعمال بالنيات
"Sesunggubnya setiap amalan/perkerjaan itu (bermula) denghan Niat......" [Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata Ibn Utsaimin ketika mensyarahkan hadith ini :-

هذا الحديث اصل عظيم في أعمال القلوب , لان النيات من أعمال القلوب قال العلماء : وهذا الحديث نصف العبادات
"Hadith ini adalah asal kehebatan pekerjaan hati, kerana sesungguhnya Niat adalah amalan hati, berkata ulama' : hadith ini adalah separuh daripada seluruh ibadat" [Ibn Utsaimin, Arba'un al-Nawawiyah].

Jelas menunjukkan tempat Niat adalah didalam hati. Sah niat tanpa lafaz.


Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami' al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].

Bagaimana Rasulullah saw memulakan solat? Ibn Qayyim berkata :-

Monday, 19 March 2012

Jatuh tak talak Ketika Marah?

Talak jatuh dgn dua jalan:
1) lafaz sarih (jelas dan nyata) yg tidak perlu niat.
Contoh: "Minah, mulai sa'at ini aku talakkan engkau dgn talak satu." Atau "Minah, engkau telah aku ceraikan."

2) lafaz kinayah atau sindiran memerlukan niat.
Contoh: " keluar engkau dari rumah ini"; " engkau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan aku." "buat sementara waktu lebih baik kita berpisah saja."


Berbalik kepada soal hukum lafaz talaq yg diucapkan dlm keadaan marah yg bersangatan, maka kita akan menghuraikan dari pelbagai sudut:

Mengikut jumhurul Ulama'(termasuk Syafi'iyah): lafaz talak yang diucapkan secara sarih (jelas) spt di atas (aku ceraikan dikau) dalam semua keadaan (termasuk ketika marah)di mana akal masih waras dan ia sedar apa yg diucapkan, maka lafaz itu sah. Jika lafaz talaq itu diucap dalam kemarahan tapi ia masih sedar apa yg diucapkan, maka jatuhlah Talaqnya. (Prof Dr H Mahmud Yunus, Perkahwinan dlm Islam menurut 4 Madzhab, Jakarta)

Ulasan Para Pentahqeeq: kita memilih Imam Ibn Qayyim al-Jauziah (Ighatsah alLahafan:14), di mana Imam Ibn Qayyim memecahkan isu marah (ketika talaq) kepada tiga kategori:

a. Kemarahan yg biasa yg mana ia langsung tidak merubah akal dan ia sedar sepenuhnya kepada setiap patah perkataan yg diucapkannya, maka talaq jatuh tanpa khilaf lagi.

b. Kemarahan yg sederhana yang belum sampai kepuncak, yang mana akal antara masih dikawal atau dikuasai oleh nafsu ammarah, dari dalil-dalil syara', Talak dalam keadaan ini juga tidak sah.

Saturday, 17 March 2012

Bulu dan Air Liur Kucing : Adakah Ianya Najis?

 bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang

Hukum Dering Handphone Ketika Solat

Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).

Nabi saw sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku', dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 - 920.

Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A'isyah ra. masuk. Berkata A'isyah ra :-


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة
"Rasulullah saw sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A'isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat" [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa'i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].

Pergerakkan Nabi saw ini menunjukkan pergerakkan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone

Friday, 16 March 2012

Semua Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

KEKOSONGAN JAWATAN: 

A. Ahli Syurga Dari Awal. 
B. Ahli Neraka Dari Awal. 
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. 

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 

1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 
4. Syurga yang kekal abadi. 

TARIKH TEMUDUGA: 

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini. 

LOKASI TEMUDUGA: 

Di dalam kubur (alam barzakh). 

KELAYAKAN: 

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. 

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. 

PANEL/PENEMUDUGA: 

Mungkar dan Nakir. 

ENAM SOALAN BOCOR: 

Dosa Meniggalkan Solat

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia
a. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
a. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c. (su'ul khatimah)
d. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh
a. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

Perkiraan Dalam Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

Apabila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: 

Thursday, 15 March 2012

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu

Tidur Nabi Muhammad saw

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur  mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. 

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 

10 Jenis Seksaan Yg Menimpa Wanita

Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya. 

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang  digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok

Keadaan Manusia Di Mahsyar

BAGAIMANAKAH cara manusia ke Padang Mahsyar? Bagi menjelaskan perkara ini, Allah berfirman pada ayat 86, Surah Mariam; ayat 102, Surah Taha dan ayat 97, Surah al-Isra'. Ayat itu maksudnya menyatakan bahawa cara manusia ke Padang Mahsyar ada tiga bahagian:

Orang yang pergi dengan berkenderaan iaitu orang bertakwa.


Orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang yang mati dalam keadaan berdosa.


Orang yang berjalan dengan mukanya, sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang menyukakannya. Lidahnya tidak dapat menuturkan hujah atau alasan yang boleh diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara yang menyenangkan hatinya.

Mereka ialah orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya, lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

Cara itu diterangkan pula oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:

Penemuan Saintifik Mengenai Wuduk

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:

1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!