Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tuesday, 20 March 2012

Cara Niat Solat Yg Mengikut Sunnah( Tidak Membebankan)

Kita ambil contoh solat fardu Zohor : Macam mana nak Niat solat zohor . Apa yang perlu dikatakan di dalam hati. Dimanakah terletaknya Niat? 

SJ-16-0008 : niat atau lafaz wrote:

Niat sebenarnya terletak di hati. Lafaz itu cuma membantu hati untuk berniat sahaja. Niat tersebut sah tanpa lafaz. Sabda Nabi saw :-

إنما الأعمال بالنيات
"Sesunggubnya setiap amalan/perkerjaan itu (bermula) denghan Niat......" [Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata Ibn Utsaimin ketika mensyarahkan hadith ini :-

هذا الحديث اصل عظيم في أعمال القلوب , لان النيات من أعمال القلوب قال العلماء : وهذا الحديث نصف العبادات
"Hadith ini adalah asal kehebatan pekerjaan hati, kerana sesungguhnya Niat adalah amalan hati, berkata ulama' : hadith ini adalah separuh daripada seluruh ibadat" [Ibn Utsaimin, Arba'un al-Nawawiyah].

Jelas menunjukkan tempat Niat adalah didalam hati. Sah niat tanpa lafaz.


Ibn Rajab al-Hanbali juga mengatakan bahawa Niat adalah qasad didalam hati, tidak wajib lafaz selain dari dalam hati. [Jaami' al-Ulum wa al-Hikam, 1/92].

Bagaimana Rasulullah saw memulakan solat? Ibn Qayyim berkata :-

كان صلى الله عليه وسلم إذا قام إلى الصلاة قال : الله أكبر ، ولم يقل شيئاً قبلها ، ولا تلفظ بالنية البتة ، ولا قال : أصلي لله كذا ، مستقبل القبلة ، أربع ركعات ، إمـاماً ، أو مأموماً ، ولا قال : أداءً ، ولا قضاءً ، ولا فرض الوقت ، وهذه عشرُ بدعٍ لم يَنْقُلْ عنه أحدٌ قط بإسنادٍ صحيحٍ ولا ضعيفٍ ولا مُسْنَدٍ ولا مُرْسَلٍ لفظةً واحدةً منها البتة ، بل ولا عن أحد من أصحابِه، ولا استحسنه أحدٌ من التابعين ، ولا الأئمةُ الأربعة
"Apabila Nabi saw bangun untuk bersolat, dia akan berkata : "ALLAHU AKBAR", dia tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, tidak melafazkan niat kuat-kuat. Dia tidak berkata : Aku bersolat itu dan itu, mengadap kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau makmum. Baginda juga tidak menyebut 'ada'an' atau 'qadaa'an' atau 'fardal waqt'. Kesemua ini perkara baru yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana ulama' dari mana-mana sanad, samada sahih, dhaef, musnad atau mursal mengenai melafazkan niat yang satu, bahkan tidak ada seorangpun sahabah yang meriwayatkan, dan tidak juga dari kalangan Tabien, atau dari kalangan empat mazhab yang mengatakan ia mustahab (digalakkan)" [Zaadul Ma'aad, 1/138]

Secara mudahnya, apabila anda melakukan takbiratul ihram, pastikan sudah terdetik niat solat Zohor pada masa itu, maka sahlah rukun pertama solat, iaitu NIAT. Contohnya ialah,ketika mengangkat takbiratul ihram, cukuplah hanya dgn lintasan di hati "aku solat fardhu zohor", atau "ini solat fardu zohor aku". tidak perlu niat panjang2 seperti "sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah taala". bagi setengah manusia, niat yg panjang sebegini hanya menjadikan seseorang itu was-was dalam niat. begitu juga dgn solat sunat. contohnya "aku solat sunat taubat", "aku solat sunat qabliah(sebelum) zohor". semua ini hanyalah lintasan di hati serentak dengan takbiratul ihram. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

Ibn Qayyim al-Jauziyah. Zaadu al-Maa'ad fi Hadii Khair al-'ibaad - 1. cet ke 2. Beirut : Muassasah al-Rayyan, 2002.



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

  1. Salam,
    Sama juga mcm mandi wajib dan lain2 ibadat kan??? Cuma mandi tu setengah ustaz kata ketika air kena anggota @ slps kena air, ada plk kata serentak.

    ReplyDelete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!