Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Monday, 19 March 2012

Jatuh tak talak Ketika Marah?

Talak jatuh dgn dua jalan:
1) lafaz sarih (jelas dan nyata) yg tidak perlu niat.
Contoh: "Minah, mulai sa'at ini aku talakkan engkau dgn talak satu." Atau "Minah, engkau telah aku ceraikan."

2) lafaz kinayah atau sindiran memerlukan niat.
Contoh: " keluar engkau dari rumah ini"; " engkau tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan aku." "buat sementara waktu lebih baik kita berpisah saja."


Berbalik kepada soal hukum lafaz talaq yg diucapkan dlm keadaan marah yg bersangatan, maka kita akan menghuraikan dari pelbagai sudut:

Mengikut jumhurul Ulama'(termasuk Syafi'iyah): lafaz talak yang diucapkan secara sarih (jelas) spt di atas (aku ceraikan dikau) dalam semua keadaan (termasuk ketika marah)di mana akal masih waras dan ia sedar apa yg diucapkan, maka lafaz itu sah. Jika lafaz talaq itu diucap dalam kemarahan tapi ia masih sedar apa yg diucapkan, maka jatuhlah Talaqnya. (Prof Dr H Mahmud Yunus, Perkahwinan dlm Islam menurut 4 Madzhab, Jakarta)

Ulasan Para Pentahqeeq: kita memilih Imam Ibn Qayyim al-Jauziah (Ighatsah alLahafan:14), di mana Imam Ibn Qayyim memecahkan isu marah (ketika talaq) kepada tiga kategori:

a. Kemarahan yg biasa yg mana ia langsung tidak merubah akal dan ia sedar sepenuhnya kepada setiap patah perkataan yg diucapkannya, maka talaq jatuh tanpa khilaf lagi.

b. Kemarahan yg sederhana yang belum sampai kepuncak, yang mana akal antara masih dikawal atau dikuasai oleh nafsu ammarah, dari dalil-dalil syara', Talak dalam keadaan ini juga tidak sah.



c. Marah yg maksima yg boleh menghilangkan akal dan pertimbangan manusia, maka ia bertepatan dgn pendapat jumhur, talak yg dilafazkan dlm situasi begini tidak sah.


Dalil: untuk b dan c ialah: HR Abu Daud, Ibn Majah dan alHakim (sahih menurut syurut Muslim) dari Aisyah ra:" Tiada talaq dan tiada cerai ketika marah."

Pentahqeeq yg bersependapat dgn Imam Ibn Qayyim ialah gurunya Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam), Imam Ibn Abidin, Hasyiah Ibn Abidin, Jld 2; Syaikhul Azhar Syaikh Mahmood Syaltut, Fatawa Islamiyah.

Manakala rungutan, gurisan hati tanpa niat tidaklah menjatuhkan talaq. Dalil: HR Syaikhan dari Abu HUurairah ra," Dima'afkan Allah atas umatku selama mana yg terguris-guris dalam hati itu belum dinyatakan atau belum dilakukan." Allahu a'alam 



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

No comments:

Post a Comment

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!