Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Monday, 30 April 2012

Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.

1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.


2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."


3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGASabda rasulullah s.a.w "Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,"


4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.Sabda rasulullah s..a.w  "Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam

Sunday, 29 April 2012

Meludah Ketika Solat

By Alhakam:

Assalamualaikum,

1. Bagaimana cara hendak membuang air liur yg ada sisa makanan atau benang ketika:
a. solat bersendirian
b. solat berjemaah
2. Bagaimana dengan kahak?

Terima kasih.

jawapan:
wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Ins Sya-Allah.
Kesemua permasalahan diatas ini merujuk kepada satu penyelesaian yang sama. Jika seseorang itu hendak membuang sisa makanan didalam solat, hendaklah ia meludahkannya, iaitu sisa-sisa makanan atau air liur, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith :-
وليبصق عن يساره أو تحت قدمه
“Maka dia meludah disebelah kiri atau dibawah tapak kaki….” [Di diriwayatkan oleh Abu Saed al-Khuri].
Didalam sebuah riwayat Ibn Abd al-Barr :
أنه كان يبصق في ثوبه وهو يصلي


“Sesungguhnya dia meludah di pakaiannya sedangkan dia bersolat”

Allah Akan Mengembalikan Anakmu

Jiwa ibu Musa kekosongan.
Dia tidak mampu memikirkan apa jua perkara melainkan perihal bayi kesayangannya – Musa.
Nyaris-nyaris si ibu menghebohkan kepada orang ramai : “Aku mempunyai seorang anak lelaki, namun aku telah hanyutkan dia di sungai Nil”.
mothers-day-baby-and-mom-hand
Ibu Musa sangat sedih, perit dan menderita.
Namun Allah telah menenangkan hati ibu Musa. Allah telah menguatkan hatinya.
Kakak Musa telah diarahkan oleh ibunya untuk mengikuti peti yang berisi adiknya sehinggalah dia sampai ke istana Firaun.
Tiada siapa yang menyedari kehadiran kakak Musa. Dia melihat dari jauh.

Saturday, 28 April 2012

Adakah Benar Kentut Tidak Membatalkan Wudhu?

Ada sesetengah orang yang mendakwa telah mendengar dari beberapa orang ‘Ustaz’ :
“Kentut tidak membatalkan Wudhuk menurut pendapat mazhab selain Syafiie.”
Adakah dakwaan ini mempunyai asasnya?
Adakah betul?
Disini saya serta sedikit ulasan ‘Muqaranah’ (Perbandingan) antara Mazhab dalam tajuk :
Sebab-sebab berhadas – Keluar sesuatu dari salah satu jalan dari dua jalan .
[www.win-7themes.blogspot.com] (22)
Mazhab Hanafi :
Terbatal wudhuk dengan keluarnya najis manusia yang hidup dari dua jalan (lubang punggung, zakar, atau faraj wanita) , seperti air kencing, tahi, mani, mazi, wadi, darah haid, dan nifas. Sama ada ianya biasa keluar dari tempat tersebut ataupun tidak.
Menurut Mazhab Hanafi juga, apa sahaja yang keluar dari tubuh manusia (walaupun bukan dari dua jalan tersebut) seperti luka, keluar sesuatu dari mulut dan hidung juga membatalkan wudhuk.
Kesimpulan Mazhab ini : Segala apa yang keluar dari tubuh manusia sama ada dari lubang punggung, kemaluan wanita atau lelaki, semuanya membatalkan wudhuk. Maka kentut juga merupakan salah satu yang keluar dari tubuh badan manusia, oleh itu dakwaan tersebut terbatal.
Mazhab Malik :

Solat Istikharah - Supaya Hati Menjadi Tenang

Para ulama telah bersapakat menyatakan bahawa hukum solat istikharah adalah sunat berdasarkan hadis berikut :
Dari Jabir RA telah berkata : “Bahawa Nabi saw telah mengajarkan kami supaya beristikharah dalam setiap perkara, sepertimana baginda mengajar satu surah dari al-Quran “
[Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari : 1166]
Hikmah Istikharah
Antara hikmah disyariatkan istikharah adalah bagi menyerahkan segala urusan kepada Allah Taala serta menggabungkan kebaikan dunia dan akhirat.
Sebab Melakukan Istikharah
Ulama empat mazhab telah bersepakat bahawa Istikharah hanya berlaku pada perkara tidak diketahui ketepatannya. Manakala, pada perkara yang sudah pasti ketepatan halal atau haramnya, maka tiada istikharah untuk itu, melainkan pada perkara-perkara tertentu seperti beristikharah untuk mencari waktu menunaikan haji.
Justeru, Istikharah tidak berlaku pada perkara wajib, haram, atau makruh, tetapi boleh berlaku pada perkara sunat ataupun harus.
Bilangan Rakaat
Sebaik-baik solat Istikharah adalah dua rakaat, inilah yang disepakati oleh ulama 4 mazhab.
Bacaan Surah Pilihan:

Hadis Lalat Dan Kajian Saintifik

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]
PENGERTIAN UMUM
Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.
fly
KEFAHAMAN HADIS
KELEBIHAN LALAT
Disebutkan di dalam kitab Musnad Abu Ya`la:
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. telah berkata:

Rasulullah Di Hari Kebangkitan

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: “Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga

Sejenak Bersama Juha

Pekikan Jubah
Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha. “Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. 

Unta Minta Upah? 
Suatu ketika Juha pergi keluar  untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.

“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.***

Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.
Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha agar kita dapat menyembelih kurban bersama.” 

Detik-Detik Terakhir Rasulullah saw

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia
Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat 
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!