Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Saturday, 28 April 2012

Adakah Benar Kentut Tidak Membatalkan Wudhu?

Ada sesetengah orang yang mendakwa telah mendengar dari beberapa orang ‘Ustaz’ :
“Kentut tidak membatalkan Wudhuk menurut pendapat mazhab selain Syafiie.”
Adakah dakwaan ini mempunyai asasnya?
Adakah betul?
Disini saya serta sedikit ulasan ‘Muqaranah’ (Perbandingan) antara Mazhab dalam tajuk :
Sebab-sebab berhadas – Keluar sesuatu dari salah satu jalan dari dua jalan .
[www.win-7themes.blogspot.com] (22)
Mazhab Hanafi :
Terbatal wudhuk dengan keluarnya najis manusia yang hidup dari dua jalan (lubang punggung, zakar, atau faraj wanita) , seperti air kencing, tahi, mani, mazi, wadi, darah haid, dan nifas. Sama ada ianya biasa keluar dari tempat tersebut ataupun tidak.
Menurut Mazhab Hanafi juga, apa sahaja yang keluar dari tubuh manusia (walaupun bukan dari dua jalan tersebut) seperti luka, keluar sesuatu dari mulut dan hidung juga membatalkan wudhuk.
Kesimpulan Mazhab ini : Segala apa yang keluar dari tubuh manusia sama ada dari lubang punggung, kemaluan wanita atau lelaki, semuanya membatalkan wudhuk. Maka kentut juga merupakan salah satu yang keluar dari tubuh badan manusia, oleh itu dakwaan tersebut terbatal.
Mazhab Malik :

Terbatal wudhuk dengan keluarnya sesuatu yang biasanya keluar dari dua jalan. Ini meliputi kencing, tahi, mazi, mani, wadi, dan kentut. Samada keluarnya itu dalam keadaan sihat mahupun tidak.
Menurut pendapat Mazhab Malik, apa yang keluar dari kawasan yang bukan kebiasaannya, maka tidak membatalkan wudhuk, seperti batu yang keluar dari dubur, darah yang keluar dari hidung, dan muntah yang keluar dari mulut.
Kesimpulan Mazhab ini: Jika sesuatu itu sudah lumrah keluar dari dua jalan, maka terbatallah wudhuk. Kentut, keluarnya dari dua jalan ini. Oleh itu, dakwaan tersebut terbatal.
Mazhab Syafiie
Terbatal wudhuk dengan keluarnya sesuatu dari qubul (kemaluan hadapan) atau dubur (kemaluan belakang) sama ada ianya objek ataupun angin sahaja, bersih atau najis, kering atau basah,sikit atau banyak, sengaja ataupun tidak. Melainkan air mani, kerana ia melibatkan perkara yang lebih besar dari wudhuk, iaitu mandi wajib.
Kesimpulan Mazhab ini: Segala apa yang keluar dari dua jalan, melainkan mani maka terbatallah wudhuk. Kentut, keluarnya dari dua jalan ini. Oleh itu, dakwaan tersebut terbatal.
Mazhab Hanbali:
Terbatal wudhuk dengan keluarnya sesuatu dari dua jalan sama ada sikit mahupun banyak, ditempat yang jarang-jarang keluar (seperti batu dan darah) mahupun yang biasanya keluar seperti kencing, tahi, wadi, mazi dan kentut, bersih ataupun najis.
Kesimpulan mazhab ini: Tidak sangat berbeza dengan pendapat Mazhab Syafiie. Oleh itu,dakwaan tersebut terbatal.
Persoalan.
Saya cuma ingin bertanya; dari manakah asasnya dakwaan ini? Jika benar ada, maka silakan tunjuk supaya kita sama-sama mendapat manfaat. Jika tiada, maka janganlah menyebarkan sesuatu yang tidak pasti, bahkan telah dipastikan kepalsuannya.
FirmanAllah :
49_6
Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, seandainya datang kepada kamu seoarang fasik yang membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.
[Al-Hujuraat: 6]
Wallahu Alam.
_________________________
Rujukan : Ensiklopidea Fekah () Jilid 17, m/s : 110-111. Cetakan Kementerian Wakaf Kuwait. 1983.



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

No comments:

Post a Comment

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!