Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Sunday, 29 April 2012

Allah Akan Mengembalikan Anakmu

Jiwa ibu Musa kekosongan.
Dia tidak mampu memikirkan apa jua perkara melainkan perihal bayi kesayangannya – Musa.
Nyaris-nyaris si ibu menghebohkan kepada orang ramai : “Aku mempunyai seorang anak lelaki, namun aku telah hanyutkan dia di sungai Nil”.
mothers-day-baby-and-mom-hand
Ibu Musa sangat sedih, perit dan menderita.
Namun Allah telah menenangkan hati ibu Musa. Allah telah menguatkan hatinya.
Kakak Musa telah diarahkan oleh ibunya untuk mengikuti peti yang berisi adiknya sehinggalah dia sampai ke istana Firaun.
Tiada siapa yang menyedari kehadiran kakak Musa. Dia melihat dari jauh.

 Isteri Firaun telah menyediakan suatu tempat istimewa untuk Musa. Disana, dia cuba menyusukan Musa namun Musa tidak mahu menerima penyusuan itu.
Orang suruhan Firaun diarah pergi ke pasar untuk mencari wanita yang mampu menyusukan Musa.
Anehnya,adiknya Musa tidak mahu menyusu dengan orang lain.
Melihat keadaan itu, tahulah kakak Musa bahawa adiknya hanya mahu menyusu dari ibunya.
Tatkala ramai orang disitu kehairanan, tampil kakak Musa untuk menyarankan ibunya pula.
Katanya : “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Orang suruhan Firaun mahu mencuba nasib, lantas mereka membawa Musa kerumah ibunya untuk disusukan.
Alangkah terkejutnya orang suruhan Firaun apabila Musa menolak kesemua susu wanita lain dan menerima susu dari seorang wanita ini.
Berita ini disampaikan kepada Isteri Firaun.
Dia amat gembira kerana sudah ada yang mampu menyusukan bayi yang membuatnya tenang.
Ibu Musa dipanggil ke Istana, dia dikurniakan pelbagai hadiah dan pakaian. Dia dilayan dengan begitu baik selaku orang yang mampu menyusukan Musa, bukan sebagai ibu Musa.
Isteri Firaun meminta supaya ibu Musa boleh berada bersamanya untuk memelihara Musa, namun ia ditolak oleh ibu Musa dengan bersyarat, katanya :
“Aku mempunyai suami dan juga anak-anak yang ramai, aku tidak mampu tinggal bersamamu. Tetapi jika kamu mahu juga, maka biarlah aku pelihara dia dirumahku.”
Isteri Firaun menerima syarat tersebut.
Dia mengurniakan kepada Ibu Musa dengan hadiah yang banyak, hubungan yang baik, pakai-pakaian dan sebagainya.
Lalu pulanglah ibu Musa dengan penuh redha dan diredhai.
Demikianlah ganjaran buat Ibu Musa setelah dia meletakkan kepercayaan penuh pada tuhannya.
Rasulullah SAW bersabda :
مَثَلُ الَّذِينَ يَغْزُونَ مِنْ أُمَّتِي وَيَأْخُذُونَ الْجُعْلَ يَتَقَوُّونَ بِهِ عَلَى عَدُوِّهِمْ كَمَثَلِ أُمِّ مُوسَى تُرْضِعُ وَلَدَهَا وَتَأْخُذُ أَجْرَهَا.
Maksudnya:
Perumpamaan bagi umatku yang berperang dan mendapat ganjaran dari musuhnya, adalah seumpama Ibu Musa yang menyusukan anaknya dan mendapat bayaran dari perbuatan tersebut.
[Musnaf Ibnu Abi Syaibah]
Allah telah berjanji, maka Allah jualah yang sangat menepati janjinya. Allah berjanji mahu mengembalikan Musa kepada ibunya, maka itu jualah yang dilakukan Allah SWT.
_________________
Petikan dari buku akan terbit : “Antara Dua Dimensi”



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

No comments:

Post a Comment

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!