Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Thursday, 17 May 2012

Bab Sifat Keji


Bab Sifat Keji
Bab balasan azab neraka
عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَ
وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْ
فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ
فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ
ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْ
فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ
Dari Abu Said, katanya " :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi,
selamanya tidak akan mati dan sentiasa  hidup menderita. Tetapi ada pula
kaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan.
 Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada
sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan
dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu
seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab penghasut terhalang ke syurga
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Dari Hizaifah r.a. katanya :
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menjauhi sifat sombong
 عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِىِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
قَالَ رَجُلٌ اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً
قَالَ اِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْلِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Dari Abdulla bin Mas'ud katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak akan masuk  syurga barang siapa yang ada di dalam hatinya sebesar zarah dari sifat takbur."
Berkata seorang lelaki : "Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus."
Bersabda lagi Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya Allah itu indah (cantik) dan menyukai keindahan (yang cantik)"
"Takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab menjauhi syirik
 عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ
فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ
Dari Jabir r.a. katanya :
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata :
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif
Jawab baginda (s.a.w.) :
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab golongan menentang Rasul
عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ
أَنَّ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang menyatakan perang permusuhan terhadap bukan ia dari golongan kita
dan barang siapa mengicuh kita , maka bukanlah ia dari golongan kita."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab tidak boleh membeli dan mengambil kembali pemberian
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَمَلْتُ عَلَى فَرَسٍ عَتِيقٍ
فِى سَبِيلِ اللهِ فَأَضَاعَهُ صَاحِبُهُ فَظَنَنْتُ اَنَّهُ بَائِعُهُ
بِرُخْصٍ فَسَأَلْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ لاَتَبْتَعْهُ وَلاَتَعُدْ فِى صَدَقَتِكَ
فَإِنَّ الْعَائِدَ فِى صَدَقَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ فِى قَيْئِهِ
Dari Umar bin Khatab r.a. katanya :
"Saya berikan seekor kuda yang bagus dan kencang larinya
untuk peperangan di jalan Allah, lalu disia-siakan (kurang dipelihara)
oleh yang mengendarainya. Saya mengira bahawa dia mahu menjualnya
dengan harga yang murah. Saya tanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
dan beliau menjawab : "Jangan engkau beli dan jangan mengambil
kembali sedekah yang telah engkau berikan, kerana orang
yang mengambil kembali pemberiannya, sama dengan anjing
yang menjilat muntahnya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab yang mengikut jejak yahudi dan nasaro
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
 لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ
حَتَّى لَوْ سَلَكُوْا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوْهُ ،
 قُلْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَلْيَهُوْد وَالنَّصَارَى ، قَالَ فَمَنْ ؟
Bersabda Rasululullah s.a.w. :
“ Sungguh kalian ( banyak diantara ummatku )
 yang akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang-orang sebelum kalian,
sejengkal demi sejengkal, lalau sehasta demi sehasta .
 Kami ( para sahabat ) berkata :
 “ wahai Rasulullah, kebiasaan orang sebelum kami maksudnya siapa?,
 Yahudi dan Nasrani kah?,
 Rasulllah s.a.w  bersbada: “ siapa lagi kalau bukan mereka ? “
Hadis  Sahih riwayat  Bukhari 



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!