Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Wednesday, 30 May 2012

Persoalan Tentang Jin





PERSOALAN PERTAMA:
BERKAWAN DENGAN JIN?

Ini adalah persoalan yang sering diperkatakan oeh rata-rata umat islam melayu. Ada sebilangan yang meletakkan hukum berkawan dengan jin ini haram atau syirik ada pula yang mengatakan sebaliknya mengikut kefahaman dan ilmu masing-masing. Dalil yang biasa digunakan ialah berdasarkan firman Allah dibawah ini:

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusiamenjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Al-Jin : 6)

Dalam ayat diatas, Allah menerangkan ada beberapa golongan manusia yang berkawan dengan beberapa golongan jin dan meminta golongan jin ini menjaga dirinya dan meminta pertolongan untuk perkara-perkara jahat seperti sihir yang menyusah dan menyakitkan.

Ini amat jelas bersalahan kerana hanya kepada Allah kita meminta pertolongan dan perlindungan seperti firmannya:

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)" (Ali’Imran : 173)

Bagaimana jika sekadar berkawan dan tidak meminta jin ini menjaga diri atau meminta pertolongan? Bagaimana pula halnya dengan firman Allah dibawah ini:

“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)” (Al-Ma’idah : 2)

Fikirkanlah pula hadis Rasullullah S.A.W ini:

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:”Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Muslim)

Kalau menurut hadis ini, setiap manusia itu mempunyai kawan pendamping dari jin tiada yang terkecuali jadi apa pula hukumnya? Dan perhatikan juga hadis dibawah ini:

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin iniberi izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatanbunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Jika kita sebagai islam dilarang berkawan dengan jin mengapa pulakah Nabi S.A.W membenarkan kita memberi izin kepada jin ini untuk tinggal bersama selama 3 hari? Bukankah 1 jam malah 1minit pun jin ini sudah boleh menyesatkan kita seperti hujahan mereka-mereka yang selalu mengguna ayat 6 surah Al-Jinn? Adakah Nabi tersalah? Bukankah Nabi S.A.W itu maksum sifatnya?
PERSOALAN KEDUA:
SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANNUSIA?
Seringkali dicanang dan dimomokkan dalam cerita seram yang ditayang di TV bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini memang meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada al-Quran dan hadith. Walau bagaimanapun ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga para penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata (al-A’raf [7.27]), manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca al-Quran dan al-Sunnah. Hanya kedua sumber Islam itu sahaja yang mampu menelah dan menembusi alam Jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam Jin perlu terlebih dahulu merujuk kepada kedua sumber Islam supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman atau minda.

Kenyataan yang terlalu umum “ sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia “ secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian Jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran. Mereka ini jugalah generasi awal Jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada bangsa Jin kerana Jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal Jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini juga selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama’ hadith iaitu sesiapa sahaja yanag bertemu dan beriman kepada nabi Muhammad SAW. Sekiranya kenyataan tersebut berterusan dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat nabi jauh lebih jahat daripada manusia sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.


Generasi awal Jin ini juga dikitiraf sebagai Rasul atau utusan pendakwah di kalangan mereka. Firman Allah:

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?) (al-An’am [6:130]. 

Sudah dimaklumi semua bahawa para Rasul hanya diutus dari kalangan manusia, namun begitu rasul dari kalangan Jin dalam ayat ini dimaksudkan wakil kepada Rasul (yang sebenar) atau para pendakwah dari kalangan Jin yang mendengar bacaan al-Quran yang di baca oleh nabi Muhammad (Tafsir al-Razi). Kisah mereka direkodkan oleh al-Quran, Firman Allah:

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata"
(al-Ahqaf [46:29-32]).



Sebuah hadith merekodkan baginda Rasulullah pernah memuji para sahabatnya dari golongan Jin yang begitu sensitive terhadap al-Quran. Baginda pernah membacakan surah al-Rahman dari awal sehingga akhirnya kepada para sahabat. Setelah selesai membaca baginda lalu bersabda: Mengapakah kamu semua (sahabatnya) hanya diam ? Sesungguhnya golongan Jin jauh lebih lebih baik reaksi (jawapan & penerimaan) mereka terhadap ayat ini (Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin? [53:13]-ayat ini berulang sebanyak 31 kali dalam surah al-Rahman). Setiap kali sampai kepada ayat in mereka akan segera menjawab: Tidak ada satupun antara ni’matMu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagiMu sahajalah segala pujian (Sunan al-Tirmidhi & Tafsir Ibn Kathir). 

Selain itu, para ulama’ hadith seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal Jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama mereka yang disebut adalah Zawba’ah, al-Arqam, al-Adras, Hasir, Khasirdan sebagainya (al-Isabah fi Ma’rifat al-Sahabah).

Mungkin segelintir pihak yang cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut akan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan Jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadabannya terhadap manusia. Banyak sekali hasutan, rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadaban tidak hanya berpunca daripada Jin, bahkan ia juga berpunca dari kejahatan manusia sebagaimana firman Allah:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik" (al-Rum [30:41-42]).

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga pihak yang galak menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian pukul borong sebegini berlaku. Al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang maha sempurna menyarankan manusia agar berlaku adil dan tidak mengamalkan pukul borong sembrono dalam banyak ayatnya kerana syurga juga disediakan untuk Jin. Sekiranya sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia, maka semua Jin Islam di dunia ini langsung tidak lagi berpeluang untuk ke syurga.

PERSOALAN KETIGA:
JIN ADALAH SYAITAN?
Ini juga persoalan yang sering diperkatakan dan telah menjadi kepercayaan dan faham sebilangan umat islam hari ini bahawa semua jin itu adalah syaitan. Sedangkan didalam surah Al-Jinn, Allah telah menerangkan bahawa ada golongan jin islam yang beriman dan ada pula yang sebaliknya. Mari kita perhatikan firman Allah dibawah ini:

“dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jinsetengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu” (Al-An’am : 112)

Ayat diatas telah menjelaskan bahawa syaitan itu dari golongan jin dan manusia, bukan hanya golongan jin sahaja.
Tidakkah salah pula berkawan dengan orang yang menyembah berhala (patung tokong seperti cina dan india)? Tidakkah salah berkawan dengan orang melayu islam yang mengajak kedisko, kelab-kelab malam, berjudi, melanggan pelacur, minum arak dan sebagainya seperti mana dewasa ini? Bukankaah orang-orang seperti ini yang menurut firman Allah diatas adalah SYAITAN MANUSIA? Kenapakah kita lebih takutkan dan mempertikaikan berkawan dengan jin dan tidak pernah mempertikaikan berkawan dengan syaitan manusia ini?

Firman Allah diatas disokong pula oleh hadis Nabi S.A.W dibawah ini:

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". (Abu Zar r.a)

PERSOALAN KEEMPAT
JIN TIDAK BOLEH DIBUNUH?
Ramai yang mendakwa jin dan syaitan itu tidak boleh dibunuh dan ramai pula yang mengatakan mereka boleh dibunuh. Jadi sama-samalah kita renungkan hadis Nabi S.A.W dibawah ini.

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlahKerana itu adalah syaitan.” (Muslim)

Melalui hadis diatas Nabi S.AW menyuruh kita membunuh jin itu kerana ia adalah dari golongan syaitan yang berpura-pura sebagai islam? Dan syaitan yang berpura-pura sebagai jin islam ini pula boleh dibunuh malah disarankan oleh Nabi S.A.W supaya kita membunuhnya? Bukankah itu maksudnya? Ada segolongan yang mendakwa syaitan jin itu tidak boleh dibunuh kerana itu bukan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ianya sunnah Nabi Sulaiman A.S.

Saya mengajak anda semua untuk mengaji Al-Quran dan Hadis secara keseluruhannya dan bukan hanya mengambil sebahagiannya sahaja menurut kehendak kita sebelum meletakkan sesuatu hukum itu. Seperti mana yang telah didakwa oleh ramai orang-orang yang bergelar ustaz dan ulama. (sila rujuk laman web ini mengenai syaitan dan jin tidak boleh dibunuh http://emjayjb.multiply.com/journal/item/93/

Read more: http://darul-azzikri.blogspot.com/ PERSOALAN TENTANG JIN ~ Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI 




Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

  1. You may share to your friends.. thank you..

    ReplyDelete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!