Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Monday, 4 June 2012

Bolehkah Kita Membunuh Semut?


Semut merupakan serangga yang sangat kecil dan mudah ditemui di mana-mana tempat. Namun kehadirannya kadangkala menyebabkan kita terus membunuh semut tersebut. Namun bolehkah kita membunuhnya? 

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda.
Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad“. Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali.

Mungkin sukar apabila berhadapan dengan semut yang begitu banyak. Namun usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. 
sumber



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!