Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Saturday, 7 July 2012

Adakah Raqib Dan 'Atid Nama Malaikat

Soalan:

Mohon penjelasan dari ustaz bin sahak tentang dua malaikat pencatit amalan Raqib dan Atid. Terima kasih…

Jawapan:

Kelihatan para ulama berbeza pandangan tentang Raqib (الرقيب) dan ‘Atid (العتيد) apakah ia nama kepada dua malaikat pencatit amalan atau ia hanya merupakan dua sifat kepada kedua-dua malaikat yang mencatit amalan tersebut.

Wallahu a’lam pandangan yang lebih benar ialah Raqib dan ‘Atid adalah dua sifat kepada dua malaikat pencatit amalan bukan nama. Ini bermaksud malaikat yang berada di sebelah kanan dialah juga yang bersifat Raqib dan dialah juga yang bersifat ‘Atid, demikianlah malaikat yang berada di sebelah kiri dialah juga yang bersifat dengan sifat Raqib dan juga ‘Atid.

Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ . إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ . مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Mafhumnya: “Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan melainkan ada malaikat yang memerhati dan yang selalu hadir.” (Qaf: 18)

Al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata:

في الرقيب ثلاثة أوجه : أحدها : أنه المتتبع للأمور . الثاني : أنه الحافظ ، قاله السدي . الثالث : أنه الشاهد ، قاله الضحاك . وفي العتيد وجهان : أحدهما : أنه الحاضر الذي لا يغيب . الثاني : أنه الحافظ المُعَد ، إما للحفظ ، وإما للشهادة

Maksudnya: “Tentang al-Raqib terdapat tiga wajah: Pertama: adalah yang memerhatikan semua urusan (seseorang insan). Kedua: yang memelihara, dinyatakan oleh al-Suddiy. Ketiga: yang menyaksikan, dinyatakan oleh al-Dhahhak. Tentang al-‘Atid pula ada dua wajah. Pertama: Dia yang hadir dan tidak menghilangkan diri. Kedua: yang disediakan untuk memelihara, sama ada untuk memelihara atau untuk menyaksikan.(Sila lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran oleh al-Imam al-Qurtubi)

Al-Hafiz Ibn Kathir pula berkata di dalam tafsirnya:

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ يعني : الملكين اللذين يكتبان عمل الإنسان ، عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ أي : مترصد. مَا يَلْفِظُ أي : ابن آدم مِنْ قَوْلٍ أي : ما يتكلم بكلمة إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ أي : إلا ولها من يراقبها معتد لذلك يكتبها ، لا يترك كلمة ولا حركة ، كما قال تعالى : وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ كِرَامًا كَاتِبِينَ يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya: “(Firman Allah SWT yang bermaksud) “Ketika dua malaikat mencatit amalan perbuatan…” (Qaaf: 17) iaitulah dua malaikat yang mencatit amalan insan. (firman Allah SWT bermaksud): “Satunya duduk di sebelah kanan dan yang lagi satu duduk di sebelah kiri” (Qaaf:17) iaitulah yang memerhatikan. (firman Allah SWt bermaksud): “Tiada yang dilafazkan” (Qaaf: 18) iaitulah ucapan yang dilafazkan anak Adam. (firman Allah SWT bermaksud): “sekalipun satu ucapan” (Qaaf:18) iaitulah satu kalimat yang diucapkan. (Firman Allah SWT bermaksud): “Melainkan ada dua malaikat yang sentiasa memerhati dan selalu hadir” (Qaaf:18) iaitulah melainkan baginya ada yang memerhatikan untuk mencatitnya, tidak akan terlepas satu kalimah mahupun satu gerakan, sepertimana firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Dan sesungguhnya ke atas kamu semua ada malaikat yang sentiasa mengawasi, yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatit (semua amalan kamu), mereka mengetahui apa yang kamu semua lakukan.” (al-Infitor: 10-12).” (Sila lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)

Oleh kerana itu Dr. ‘Umar Sulaiman al-Asyqar berkata:

يذكر بعض العلماء أن من الملائكة من اسمه رقيب وعتيد ، استدلالاً بقوله تعالى : ( ما يلفظ من قولٍ إلاَّ لديه رقيب عتيدٌ ) وما ذكروه غير صحيح ، فالرقيب والعتيد هنا وصفان للملكين اللذين يسجلان أعمال العباد ، ومعنى رقيب وعتيد ؛ أي : ملكان حاضران شاهدان ، لا يغيبان عن العبد ، وليس المراد أنهما اسمان للملكين

Maksudnya: “Sebahagian ulama menyebut bahawa ada diantara malaikat yang bernama Raqib dan ‘Atid berdalilkan dengan firman Allah Ta’ala: (mafhumnya) “Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan melainkan ada malaikat yang memerhati dan yang selalu hadir.” (Qaf: 18) dan apa yang dinyatakan oleh sekumpulan ulama ini tidak benar. Sebaliknya al-Raqib dan al’Atid di dalam ayat ini adalah dua sifat kepada dua malaikat yang merekod amal perbuatan semua hamba. Makna Raqib dan ‘Atid ialah dua malaikat yang sentiasa hadir dan sentiasa menyaksikan, kedua-duanya tidak akan ponteng dari bersama dengan seseorang hamba, ia bukan bermakna dua nama bagi dua malaikat pencatit tersebut.” (‘Alam al-Malaikah al-Abrar. Hal: 12)

Selain itu terdapat pula hadis dari Nabi SAW yang menyebut malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatit amalan kebaikan manakala malaikat di sebelah kiri bertugas mencatit kejahatan yang dilakukan seseorang hamba.

عن أبي أمامة : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إن صاحب الشمال ليرفع القلم ست ساعات عن العبد المسلم المخطئ ، فإن ندم واستغفر الله منها ألقاها ، وإلا كتبت واحدة

Dari Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat sebelah kiri akan mengangkat pena (tidak mencatitnya) selama enam tempoh dari seseorang hamba yang melakukan kesalahan, jika dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, malaikat tadi terus tidak mencatitnya, jika tidak malaikat akan mencatit sebagai satu kesalahan.” (al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)
Wallahu a’lam.



Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!