Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tuesday, 23 October 2012

Mimpi


Artikel kali ini ingin mengupas permasalahan tentang mimpi yang ada kalanyamempengaruhi kehidupan kita hari ini. Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya. Hakikatnya, mimpi adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Sekiranya mimpi itu datang dari Allah Taala ia disebut sebagai ‘al-rukyah’ Kadang-kadang ada juga yang datang dari iblis dan syaitan yang disebut sebagai ‘al-hulm’.

Terdapat perbahasan antara ulama mengenai takwil mimpi. Ada mimpi yang boleh ditafsirkan dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenaran mimpi tersebut. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya ilmu tersebut. Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: ‘Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan.’ 

Monday, 22 October 2012

Kita Umat Akhir Zaman

Fasa Zaman-Zaman Umat Nabi Muhammad SAW. (Part I)

Mengikut Sebuah Hadith, Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

  “Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.
[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

Saturday, 6 October 2012

ASHAABUL A'RAF

ASHAABUL A’RAF ( أصحاب الأعراف ): A’raf ( الأعراف ) adalah jama’ dari urf( عرف ) yang ertinya pagar yang tinggi yang diletakkan antara penduduk syurga dan penduduk neraka. Adapun secara bahasa makna urf iaitu tempat yang tinggi. (Fathul Qadir, Juz III hal 39)

Ashaabul A’raf adalah golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu ‎sama ‎banyak. Ini pendapat yang lebih kuat. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, ‎tetapi ‎mereka lebih lambat masuk ke Syurga daripada golongan ‘Ashaabul Yamin’ ‎yang ‎setelah menempuh siraatal mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke ‎Syurga. ‎Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Siraatal ‎mustaqim’ ‎mereka masih lagi dihalang untuk ke Syurga.‎

Pendapat Ulama

Ibnu Jarir berkata bahawa yang dimaksud disini adalah dinding sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam firman Allah,

Monday, 1 October 2012

Senarai surah dalam al-quran

Jom kita refresh balik senarai surah dalam al-quran


1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan) 
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)
3. Surah Ali 'Imran (Keluarga Imran)
4. Surah An-Nisaa' (Wanita)
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
6. Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan)
7. Surah Al-A'raaf (Tempat Tinggi)
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)

Makrifah terhadap qada' dan qadar : siri 2


Berbalik kepada tajuk "MAHRIFAH TERHADAP QADA' DAN QADAR":

Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, kerana takdir terbahagi kepada 2 bahagian. pertama, takdir yang dapat diubah. kedua, takdir yg tidak dapat diubah.

Qada mubram adalah qada' yg tidak boleh berubah. contohnya, kita ditakdirkan sebagai seorang lelaki dan ini semestinya tidak boleh berubah.

Qada' mu'allaq ialah qada' yg boleh berubah berdasarkan amalan dan usaha kita.

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!