Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Monday, 1 October 2012

Makrifah terhadap qada' dan qadar : siri 2


Berbalik kepada tajuk "MAHRIFAH TERHADAP QADA' DAN QADAR":

Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, kerana takdir terbahagi kepada 2 bahagian. pertama, takdir yang dapat diubah. kedua, takdir yg tidak dapat diubah.

Qada mubram adalah qada' yg tidak boleh berubah. contohnya, kita ditakdirkan sebagai seorang lelaki dan ini semestinya tidak boleh berubah.

Qada' mu'allaq ialah qada' yg boleh berubah berdasarkan amalan dan usaha kita.



Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”

Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia. Wallahu a'alam .


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

Comments
2 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

2 comments:

  1. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah: Al Hadid (57):22.TELAH TERTULIS DALAM lOH MAHFUZ SEBELUM KAMI MENCIPTAKANNYA.itulah hakikat qada dan qadar yang kita terima setiap saat dan detik.Allah tulis dahulu sebelum sesuatu takdir itu menjadi kenyataan.bermakna sudah ditetapkan dan muktamad.Manusia yang paling sempurna dalam menjalani kehendak Allah ialah Rasullallah SAW.Apabila Rasullallah SAW ditanya:Jika demikian(sudah ditentukan)tidaklah lebih baik kami pasrah sahaja?Rasullallah menjawab:Jangan begitu,beramallah dan jangan pasrah(Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1,66)Kita berusaha dan berikhtiar mengikut syariat yang dibawa oleh Rasullallah SAW..Rasullallah suruh kita berdoa,berbuat kebajikan,dan sebagainya,semua perbuatan dan cakapnya sudah tertulis.Bukan kerana daya upaya kita maka berubahlah apa yang sudah tertulis diLOh Mahfuz untuk kita.kalau pun ada perubahan itu sudah tertulis.Sabda Rasullallah SAW …..
    Hendaklah engkau beriman kepada Allah,kepada malaikat Nya,kitab-kitab Nya,para utusan Nya,hari Akhir(kiamat) serta beriman kepada takdir dan buruknya takdir (Sahih Muslim jilid 1,5)
    Maka perlu engkau ketahui bahawa musibah yang menimpa kamu tak akan hilang daripadamu.Dan sesuatu yang mesti terlepas daripada mu tak akan dapat memberikanmu musibah.Dan jika engkau mati dengan keyakinan selain ini,pasti engkau akan masuk neraka ( Sunan Ibnu Majah Bk 1,65)

    ReplyDelete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!