Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Saturday, 15 December 2012

2 Tips Seni Berbual Dengan Allah


Kita harus mengamalkan Hidup Bertuhan.  Apa maksud Hidup BerTuhan? Sebelum itu bacalah petikan di bawah;
Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.

Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.
Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.
Cintakan Allah adalah cinta paling Agung. 
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah.
 Sumber: Fuad Latip
Hidup BerTuhan adalah sentiasa hidup dengan berkomunikasi dengan Allah. Kebiasaannya kita sering membaca ayat Al Quran;
Dengan mengingati Allah, hati akan tenang (Surah Ar Raad: 28)
Antara cara mengingati-Nya adalah dengan zikir, baca Al Quran dan solat tetapi komunikasi ini tidak terhad pada bila-bila masa. Saya bagi contoh;
Sahabat yang anda rindui teringat pada anda. Adakah sama keadaannya andai sahabat anda itu hanya mengingati anda dengan menghubungi anda? Pastinya anda mahu dia menghubungi anda betul? Berbual, bertanya khabar.
Sama dengan konsep ini. Kita berbual dengan Allah. Kita nak buat apa semua beritahu Allah. Pada yang baru memahami konsep Hidup BerTuhan mungkin nampak pelik seolah-olah kita bercakap sendirian tetapi percayalah Allah itu sentiasa dekat;
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf: 16)
Allah sentiasa mendengar apa yang kita luahkan. Mari saya kongsi satu cerita. Petang tadi, alhamdulillah sahabat muka buku saya berkongsi kisahnya dengan Hidup BerTuhan.
Kawasan rumahnya telah beberapa hari hujan sehingga kainnya sering kali tidak kering. Lalu dia mengamalkan komunikasi dengan Allah. Hanya cakap dalam hati;
“Ya Allah, hari nak hujan tapi kain aku belum kering. Aku mohon ya Allah tolonglah keringkan kain aku walau dalam cuaca yang redup.”
Tak lama selepas itu, doanya dikabulkan. Tidak sampai 2 minit, matahari muncul dan menerangi kawasan rumahnya. Subhanallah. Itulah impak Hidup BerTuhan.
Tips Mulakan Hidup BerTuhan
1. Allah adalah Tuhan kita yang Maha Agung. Dialah Pencipta kita. Jadi seeloknya jika kita ingin meminta pada Allah masukkan perkataan “mohon” sebagai tanda kehambaan kepada Sang Pencipta.
“Ya Allah saya mohon agar berilah saya duit belanja pada hari ini”
2. Berkomunikasilah dengan Allah TIAP MASA walau seremeh mana pun. Contoh;
Sebelum tidur,
“Terima kasih ya Allah, saya dapat tidur atas tilam yang empuk”
Apabila terfikir nak buat apa-apa;
“Ya Allah aku tidak tahu nak buat apa ni Allah. Aku pohon agar diberikan idea.”
Nak pergi ke pejabat;
“Ya Allah aku pohon agar berilah aku laluan VVIP agar mudah aku ke pejabat dan dapat parking percuma depan pintu pejabat.”
Nak pergi makan;
“Ya Allah, aku nak makan apa ni ya Allah, berilah aku idea ya Allah”
Cuba anda tangkap gambar anda sekarang, kemudian amalkan berkomunikasi dengan Allah dan tangkap wajah anda semula selepas 40 hari dan lihatlah wajah anda kembali. Pasti anda perubahan jika anda benar-benar mengaplikasikannya.  :) Selamat beramal.

Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!