Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tuesday, 11 December 2012

3 Jenis Musibah : Kaffarah, Bala, Ibtila'



3 Jenis Musibah : Kaffarah, bala, dan ibtila'. Siapakah yg akan mendapat kaffarah? siapakah yg akan mendapat bala? siapakah yg akan mendapat ibtila'?

1.Kafarah
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.
Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran.

Ditimpa semasa didunia oleh Allah swt sebagai balasan kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat

"dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar" (surah al-zukhruf 43:48)

2.Bala
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang melakukan kejahatan.Musibah ini sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua semasa di akhirat.

Contoh:umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan Firaun dan lain-lain contoh.
"dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat" (surah at-taubah 9:74)

3.Ibtila'
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah.
Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain.

Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin.

"berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)

ALL PRAISE BE TO
█▀█ █ █ █▀█ █▄█
█▀█ █ █ █▀█ █▀█
♥..THE ALMIGHTY.. ♥


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

Comments
5 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

5 comments:

  1. saya petik makna ibtila' drp posting tuan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... sama2... Barakallahu fik..Allah memberkati mu..aamiin...

      Delete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!