Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Sunday, 9 December 2012

Kisah Sahabat Nabi saw Merawat Dengan Surah Al fatihah


Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu
kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah
perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah
meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah
disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal.
Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan
daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka
boleh membuat sesuatu untuk merawat.
Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada
orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh
kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu,
mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.
Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor
kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang
sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil
membaca: “AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang
dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan
dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain,
dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.
Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar
fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti
disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.
Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah
berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur’an (Surah al-Fatihah).
Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa
pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit
hembusan air ludah.
Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk
meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit,
seperti sakit terkena gigit kala jengking ataupun lipan boleh sembuh, sering
dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini
bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi
oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin : 82).
- Darussyifa’
Wallahu’alam….


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
3 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

3 comments:

  1. Assalamualikum,saya memohon iklan skit ya.jz.

    Jika anda memerlukan barangan kelengkapan haji dan umrah, serta keperluan harian dan perjalanan seperti kayu sugi, kompas kiblat, quran tafsir per kata, buku2 rujukan agama, tasbih digital, habbatus sawda dan pelbagai minyak wangi dan juga DAUN BIDARA....anda boleh lawati kedai online kami di http://www.facebook.com/kedaisunnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...maaf lambat respon...hehe.. terimakasih atas iklan. Anda juga dialu-alukan unntuk mengiklankan iklan anda di page kami di facebook. http://www.facebook.com/infoifoislam

      Delete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!