Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Sunday, 9 December 2012

Mahmudah vs Mazmumah


MAHMUDAH VS MAZMUMAH


SABAR
Sabar dari sudut istilah, bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi, menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.
Firman Allah yang bermaksud: 
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.” (Surah al-Kahfi 18:28)
Menerusi ayat diatas,bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar di atas sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang yang lalai daripada mengigati Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.”(Riwayat Muslim)
Sememangnya,sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.
Meskipun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibaratnya sifat sabar.Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Ternyata sabar itu indah!
KELUH-KESAH
Keluh-kesah berlawanan sifatnya dengan sabar. Mereka yang mempunyai sifat ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar. Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah s.w.t mempunyai hati yang bersangka baik dengan Allah s.w.t atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Bebanan hidup yang berat adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada manusia. Ujian itu diberi untuk menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka.
Manusia yang dicipta Allah sifatnya tidak sempurna, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan apabila menerima ujian. Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w juga diuji apabila suatu ketika rasa keberatan melakukan kerja rumah bersendirian tanpa pembantu rumah. Lantas dia meminta suaminya, Saidina Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta pembantu rumah.
Permintaan Fatimah itu tidak dapat dipenuhi. Bahkan ia amat membimbangkan Rasulullah s.a.w, kerana aduan itu timbul daripada perasaan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Rasulullah s.a.w bertemu dengan puterinya lalu menasihatkannya supaya membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidur.Selepas itu, Sayidina Ali dan isterinya mengamalkan wirid yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi berkeluh-kesah dalam menghadapi kerja-kerja sehariannya yang berat, malah berasa cukup bahagia melakukannya.
Itulah dia ubat yang mujarab dalam menghadapi dugaan dan menjauhkan kita daripada bersifat keluh-kesah. Moga ingatan kita yang tidak henti-henti kepada Allah s.w.t akan menyebabkan kita berasa tenang bahkan bahagia menghadapi kehidupan sehari-hari. Insya-Allah.
Wallahu’alam….


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!