Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tuesday, 25 December 2012

Tips : Buktikan Cinta Allah


TIPS : BUKTIKAN CINTA ALLAH

1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 165 yg bermaksud: "Orang-irang yg beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah." 
Imam Ahmad Taqiyuddin berkata: "Hakikat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al-Qulub, hlm. 183)



2. Cintai dan ikut sunnah Rasulullah saw kerana ia adalah prasyarat utama untuk mencintai Allah. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yg bermaksud: "Katakanlah jika kamu benar2 mencintai Allah, maka ikutilah daku(Rasaulullah saw) nescaya kamu akan dicintai Allah."

3. Sentiasa membanyakkan amalan2 sunat. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman, mafhumnya: "Sentiasalah hamba-Ku berada dalam keadaan mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan2 sunat sehinggalah Aku mencintainya." (al-Bukhari)

4. Menjaga solat witir kerana ianya merupakan bukti kejujuran cinta kepada Allah. Fudhail b Iyadh berkata, Allah berfirman yg bermaksud: "Seorang hamba yg mengaku mencintai-Ku tidaklah jujur kalau dia tidur lantas melupakann-Ku tatkala malam."

5. Menjaga hubungan dengan ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan kedua-duanya.

6. Bersahabat dengan al-Quran dan sentiasa membaca dan menghayati ayat-ayatnya kerana al-Quran umpama warkah ayat2 cinta-Nya buat kita.

7. Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solat fardhu. Persis menunggu panggilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan membuatkan kita seolah-olah "ketagih" untuk mendengarnya semula kerana ia umpama panggilan Allah buat kita.

8. Doa cinta Allah sebagaimana yg diamalkan oleh Rasulullah saw: "Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, dan cinta mereka yg mencintai-Mu serta mencintai segala amalan yg mendekatkan diriku kepada cinta-Mu. (al-Tirmidzi)

Wallahu a'lam.

ALL PRAISE BE TO
█▀█ █ █ █▀█ █▄█
█▀█ █ █ █▀█ █▀█
♥..THE ALMIGHTY.. ♥


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

Comments
2 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

2 comments:

  1. Salam Alaik, bagi point ke4, yakni menjaga solat witir. Saya nak tanya itu petikan firman Allah dari surah yg mna ya?.. sekadar bertanya :)

    ReplyDelete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!