Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Wednesday, 20 November 2013

KIsah Penuh Nabi Musa as Ingin Melihat Allah swt

Surah al-a'araf ayat 143
_______________________________________________
Imam Muwafuquddien bin Quddamah Al-Maqdisy dalam bukunya "at-tawwabin" menyebutkan Muhammad bin Ishaq menggambarkan Allah swt berfirman kepada MUsa: Wahai ibnu Imran!! bahawasanya tidak seorangpun mampu melihatku. kemudian Musa berkata: "Rabb!! Sesungguhnya  tiada sekutu bagiMU. sesungguhnya setelah doaku melihat-Mu lalu mati lebih aku sukai daripada aku hidup namun tidak melihat-Mu. Rabb!! sempurnakanlah nikmat, kurnia dan kebaikan-Mu dengan mengabulkan apa yang aku pinta, sehingga aku bisa mati dengan menapaki jejak itu.

Saturday, 21 September 2013

Ujian, dugaan, tanda kasih sayang Allah

"Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...


Setiap org menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak

Friday, 19 July 2013

Cara Menghilangkan Mengantuk Ketika Mendengar Khutbah


::Mengantuk ketika mendengar khutbah::

Adalah sunnah untuk mengubah tempat duduk apabila merasa mengantuk sewaktu mendengar khutbah. Diharuskan untuk bangun dan berpindah mencari tempat duduk yang lain.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar RA berkata, Nabi SAW pernah bersabda :

إذا نعس أحدكم وهو في المسجد فليتحول من مجلسه ذلك إلى غيره

Barangsiapa di antara kamu yang merasa mengantuk dalam masjid ketika mendengar

Sunday, 9 June 2013

Amalan-amalan Penghapus Dosa



1. Taubat

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasul saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)

 2. Lapang dada (Samahah)

Wednesday, 3 April 2013

Sembah ka'abah atau Allah? (Persiapkan dgn jawapan jika ditanya)


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"



"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?" ...

Thursday, 14 March 2013

Fadhilat/Kelebihan Solat Tahajjud (Solat Malam)

Artikel daripada : Mazura Ali


BismillahirRahmaanirRahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat-sahabatku Fillah yang dikasihi,
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Tuesday, 5 March 2013

Andai Rasulullah saw Melihat Aku "Berfacebook"

Artikel ini dikarang oleh Shujaie Kamal


~>ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK<~

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Tajuknya ‘Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.


*Muslimah Dan Facebook*

Sunday, 3 March 2013

5 Sebab Mengapa Ber"Couple" Itu Haram


Dengan Nama Allah yang Maha Tinggi...
KENAPA COUPLE HARAM??
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping”

Friday, 1 March 2013

Kelebihan Selawat Azamiah


Kiriman daripada Lamunan Terhenti
(Untuk tumbesaran gambar, sila right klik pada gambar dan klik 'open link in a new tab')

Assalamualaikum ♥

SAHABATKU..VRA LETAK KELEBIHAN SELAWAT AZAMIAH..HARAP SAHABAT BACANYA DGN TELITI;


Darultahai 
September 7, 2012 03:55 AM PDT

Alhamdulillah. Sebaik daku maklumkan kepada anak saudara guru murshid ku akan berpulangnya bonda tercinta, maka beliau berpesan agar membaca solawat azamiah dengan jumlah tertentu dihadiahkan buat al marhumah. ada sahabat melihat melalui firasatnya akan bonda ku dimandikan oleh para wanita berpurdah dengan air wangian dan disekeliling yang memandikan jenazah sekumpulan menabur bunga-bungaan buat jenazah. masya Allah. kemudian kelihatan jenazah baring tenang diatas katil dengan kelambu yang sangat menyenangkan. wajah berseri. Masya Allah. Sahabatku berkata : Masya Allah, apakah amalmu sehingga sebegini layan yang diterima oleh arwah bondaku. Jawabku: Hadiah amalan selawat Azamiah.
Carilah guru yang boleh mengijazahkan amalan selawat ini. Aku mengalami keagungan Allah..

Wednesday, 20 February 2013

Doa supaya terlindung daripada azab Neraka, azab kubur, fitnah kehidupan, fitnah kematian, dan fitnah al-masih ad-dajjal

Rasulullah saw selalu membaca doa ini dalam solat, iaitu ketika selepas tahiyyat akhir, sebelum memberi salam. 



Dapatkan info agama dan nasihat di facebook anda



Tuesday, 19 February 2013

Mengambil Hikmah Surah Al-Insyirah

Kiriman daripada Lamunan Terhenti




Assalamualaikum ♥

Surah Al-Insyirah/Pengluasan

bila baca;Alam nasyrah la ka sod rok;makna;bukankah Kami/Allah telah melapangkan dadamu/ya Muhammad..

Ambil ke -2 tangan,seperti berdoa dan terus hembus pada ke-2 tangan lalu di bawa ke muka,sedut udara masuk ke dalam lalu tangan kanan letak di didada..untuk hilangkan masalah yang ditanggung jiwa..

Monday, 18 February 2013

Lindungi dirimu dari fitnah dajjal

Kiriman daripada Lamunan Terhenti




Assalamualaikum ♥

BACALAH SURAH AL-KAHFI AYAT 1 HINGGA AYAT 10..UNTUK SELAMAT DARI DAJJAL DAN CINTA AKAN AKHIRAT..

UNTUK MENCAPAI DALAM KEHIDUPAN MESTI ADA SEMANGAT YANG TINGGI..TAPI KIRA TIADA ISTIQAMAH..PERKARA ITU AKAN MERASAI SEKEJAP SAHAJA..

DOALAH TETAPKAN IMAN DAN JANGAN PESONGKAN HATI SETELAH HIDAYAH ADA DI HATI






Wednesday, 6 February 2013

Imamkanlah Jenazah Ibu Bapa Kita & Panduan Mudah Menunaikannya


Apabila ditanya kepada setiap ibu bapa yang mengharapkan keredaan  Allah SWT. Adakah mereka ingin anak-anak lelaki mereka atau menantu-menantu lelaki mereka agar salah seorang daripadanya boleh mengimamkan solat jenazah dan mendoakan mereka? Maka sudah pasti itu adalah impian setiap daripada mereka yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat.

Saturday, 26 January 2013

Asal Usul Baris Arab & Alquran


Huruf-huruf Arab pada zaman Jahiliyyah dan pada zaman permulaan Islam tidak mempunyai baris. Orang Arab dengan sendirinya dapat menuturkan perkataan dengan tepat tanpa berpandukan kepada titik dan baris sebagai tanda bacaan kerana pengetahuan mereka terhadap bahasa mereka.

penghujung ayat 27 hingga sebahagian ayat 30 daripada Surah al-Baqarah

Namun, apabila wilayah Islam semakin luas, dibimbangi orang ‘Ajam yang tidak menguasai bahasa Arab akan melakukan kesilapan dalam membaca al-Quran, lalu usaha meletakkan titik dan baris pada huruf-huruf Arab pun dilakukan, terutamanya untuk memelihara daripada berlakunya kesilapan dalam membaca al-

Friday, 25 January 2013

Hukum Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa

HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu'tabar, dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu' (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.

Terdapat Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam?


Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaanya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama TABIRUNNASAR. Allah SWT berfirman kepada-Nya : " hai unggas tabirunnasar,makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu,engkau akan kumatikan."

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu.Namun, cara memakannya diatur: pertama,sehari satu biji yang dimakan.Setelah semakin berkurang. maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Setelah kematian tersebut,Allah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh puluh orang laki-laki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptakan yang lain. Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun. Setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang.Tatkala telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.

Thursday, 24 January 2013

Benarkah Hawa Dciptakan Dari Tulang Rusuk??

Asssalamualaikum..kepada semua pembaca yang dirahmati Allah, di dalam entri ini terdapat dua artikel mengenai asal kejadian perempuan yang mana artikel pertama menafikan tentang asal kejadian perempuan dari tulang rusuk dan artikel kedua ialah ulasan artikel yang telah dibuat oleh Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Felo Akidah dan Falsafah,MANHAL PMRAM.Dimohon agar selepas membaca artikel pertama, dibaca juga ulasan artikel tersebut agar kita mampu berfikir dan menilai sesuatu isu berlandaskan hujah, dalil beserta penafsiran yang rajih agar umat Islam tidak terkeliru.

Artikel Pertama

Apabila kita membaca buku atau mendengar ceramah berkenaan wanita maka kebiasaan kisah lanjutannya adalah mengenai asal kejadian perempuan iaitu daripada tulang rusuk lantas mengaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu ‘bengkok’ maka si suami hendaklah berhati-hati ‘membetulkannya’ supaya 'tidak patah' iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.

Cerita-cerita seperti ini menunjukkan seakan manusia yang bernama perempuan ini adalah manusia kelas kedua sahaja sedangkan kedatangan Islam telah mengangkat darjat perempuan ke tahap yang sangat mulia.

Adakah kisah asal kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar, jom kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang telahpun ditulis oleh salah seorang sahabat saya iaitu Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.

Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Tuesday, 15 January 2013

Roh Dan Mimpi


ROH DAN MIMPI

Jika ingin tahu, ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi. Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini.

Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."

Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."

Sunday, 13 January 2013

Antara Tanda-Tanda KIamat Dan Peristiwa Akhir Zaman


Assalaamu’alaikum w.b.t….. berikut ini dikumpulkan dan diringkaskan antara tanda2 kecil dan besar kiamat serta peristiwa2 yang sudah berlaku dan akan berlaku di akhir zaman. Lihatlah betapa semua ramalan oleh Nabi Muhammad S.a.w sudah pun berlaku terutamanya ramalan tentang peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat.  Yang ditunggu-tunggu sekarang hanya lah tanda-tanda besar kiamat sahaja.

Sebelum itu sebagai peringatan bersama, jangan jadikan panduan ini untuk melihat keburukan pada orang lain sahaja,  itu sudah namanya berburuk sangka kepada orang. Tetapi jadikan lah panduan ini untuk muhasabah diri, dengan melihat ke dalam diri kita sendiri ni. Ini kerana biasanya manusia hanya pandai dan nampak kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan diri sendiri hanya dipandang sebelah mata dan buat2 tidak tahu sahaja, na’uzubillah. Dan adakah kita sudah betul2 melakukan apa yang diperintahkan oleh ALlah dan mengelakkan dari apa yang dilarang?  Dan apakah kita sudah tidak termasuk dalam senarai mereka2 yang disebut dalam hadith2 berikut ini?  Semoga kita menjadi orang yang betul2 beriman dan sentiasa bertaubat kepadaNya sebelum pintu taubat ditutup. Semoga menjadi pengiktibaran bersama, amiin …….

Saturday, 5 January 2013

Muflis Di Akhirat

Oleh : Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus (Pendakwah bebas)

Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus

“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS ?”. Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication ( komunikasi dua hala ) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab ”MUFLIS di kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan ini adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS , maka yang terlintas di dalam fikiran kita adalah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang ) yang tidak mampu dibayar.

            Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang baginda maksudkan. Penjelasan ini cukup menggerunkan hati-hati yang tersemai iman di dasarnya, bimbang sekiranya  terjerumus ke kancah MUFLIS . Baginda bersabda ” Orang yang MUFLIS di kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat. Dalam masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah , memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Lalu diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian ia dihumban ke neraka !” Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim , bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).

Wednesday, 2 January 2013

Perjalanan Menuju Allah


PERJALANAN MENUJU ALLAH...

Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!