Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Saturday, 26 January 2013

Asal Usul Baris Arab & Alquran


Huruf-huruf Arab pada zaman Jahiliyyah dan pada zaman permulaan Islam tidak mempunyai baris. Orang Arab dengan sendirinya dapat menuturkan perkataan dengan tepat tanpa berpandukan kepada titik dan baris sebagai tanda bacaan kerana pengetahuan mereka terhadap bahasa mereka.

penghujung ayat 27 hingga sebahagian ayat 30 daripada Surah al-Baqarah

Namun, apabila wilayah Islam semakin luas, dibimbangi orang ‘Ajam yang tidak menguasai bahasa Arab akan melakukan kesilapan dalam membaca al-Quran, lalu usaha meletakkan titik dan baris pada huruf-huruf Arab pun dilakukan, terutamanya untuk memelihara daripada berlakunya kesilapan dalam membaca al-

Friday, 25 January 2013

Hukum Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa

HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu'tabar, dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu' (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.

Terdapat Penghuni Bumi Sebelum Nabi Adam?


Pada saat bumi berumur delapan ribu tahun, keadaanya masih kosong. Di sini sudah terdapat banyak biji sawi putih. Kemudian Allah SWT menciptakan seekor unggas yang bernama TABIRUNNASAR. Allah SWT berfirman kepada-Nya : " hai unggas tabirunnasar,makanlah olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu,engkau akan kumatikan."

Sang unggas pun memakan biji-bijian itu.Namun, cara memakannya diatur: pertama,sehari satu biji yang dimakan.Setelah semakin berkurang. maka kini dimakannya hanya satu biji sebulan. Biji sawi itu semakin berkurang saja. Oleh kerana begitu takutnya terhadap kematian, maka sang unggas hanya memakan satu biji dalam setahun. Namun, akhirnya habislah biji-biji sawi itu. Tabirunnasar pun akhirnya mati.

Setelah kematian tersebut,Allah SWT menciptakan makhluk lain sebagai penghuni bumi, iaitu tujuh puluh orang laki-laki. Namun tidak semuanya langsung diciptakan, melainkan satu persatu Allah SWT menciptakannya. Apabila seorang meninggal, maka langsung diciptakan yang lain. Masing-masing dari mereka berumur 70.000 tahun. Setahun pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang.Tatkala telah mati tujuh puluh lelaki itu, kemudian Allah ciptakan Jin.

Thursday, 24 January 2013

Benarkah Hawa Dciptakan Dari Tulang Rusuk??

Asssalamualaikum..kepada semua pembaca yang dirahmati Allah, di dalam entri ini terdapat dua artikel mengenai asal kejadian perempuan yang mana artikel pertama menafikan tentang asal kejadian perempuan dari tulang rusuk dan artikel kedua ialah ulasan artikel yang telah dibuat oleh Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Felo Akidah dan Falsafah,MANHAL PMRAM.Dimohon agar selepas membaca artikel pertama, dibaca juga ulasan artikel tersebut agar kita mampu berfikir dan menilai sesuatu isu berlandaskan hujah, dalil beserta penafsiran yang rajih agar umat Islam tidak terkeliru.

Artikel Pertama

Apabila kita membaca buku atau mendengar ceramah berkenaan wanita maka kebiasaan kisah lanjutannya adalah mengenai asal kejadian perempuan iaitu daripada tulang rusuk lantas mengaitkannya dengan sifat perempuan yang selalu ‘bengkok’ maka si suami hendaklah berhati-hati ‘membetulkannya’ supaya 'tidak patah' iaitu dalam memimpin dan mendidik seorang isteri agar berada di haluan yang betul.

Cerita-cerita seperti ini menunjukkan seakan manusia yang bernama perempuan ini adalah manusia kelas kedua sahaja sedangkan kedatangan Islam telah mengangkat darjat perempuan ke tahap yang sangat mulia.

Adakah kisah asal kejadian perempuan dari tulang rusuk ini benar, jom kita baca artikel berkenaan kejadian asal perempuan ini yang telahpun ditulis oleh salah seorang sahabat saya iaitu Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahaya.

Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Tuesday, 15 January 2013

Roh Dan Mimpi


ROH DAN MIMPI

Jika ingin tahu, ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi. Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini.

Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."

Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."

Sunday, 13 January 2013

Antara Tanda-Tanda KIamat Dan Peristiwa Akhir Zaman


Assalaamu’alaikum w.b.t….. berikut ini dikumpulkan dan diringkaskan antara tanda2 kecil dan besar kiamat serta peristiwa2 yang sudah berlaku dan akan berlaku di akhir zaman. Lihatlah betapa semua ramalan oleh Nabi Muhammad S.a.w sudah pun berlaku terutamanya ramalan tentang peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda kecil kiamat.  Yang ditunggu-tunggu sekarang hanya lah tanda-tanda besar kiamat sahaja.

Sebelum itu sebagai peringatan bersama, jangan jadikan panduan ini untuk melihat keburukan pada orang lain sahaja,  itu sudah namanya berburuk sangka kepada orang. Tetapi jadikan lah panduan ini untuk muhasabah diri, dengan melihat ke dalam diri kita sendiri ni. Ini kerana biasanya manusia hanya pandai dan nampak kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan diri sendiri hanya dipandang sebelah mata dan buat2 tidak tahu sahaja, na’uzubillah. Dan adakah kita sudah betul2 melakukan apa yang diperintahkan oleh ALlah dan mengelakkan dari apa yang dilarang?  Dan apakah kita sudah tidak termasuk dalam senarai mereka2 yang disebut dalam hadith2 berikut ini?  Semoga kita menjadi orang yang betul2 beriman dan sentiasa bertaubat kepadaNya sebelum pintu taubat ditutup. Semoga menjadi pengiktibaran bersama, amiin …….

Saturday, 5 January 2013

Muflis Di Akhirat

Oleh : Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus (Pendakwah bebas)

Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus

“Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang MUFLIS ?”. Sebagaimana biasa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w ialah dengan cara two ways communication ( komunikasi dua hala ) iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan baginda kepada persoalan tersebut. Para sahabat menjawab ”MUFLIS di kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)”. Jawapan ini adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah MUFLIS. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah MUFLIS , maka yang terlintas di dalam fikiran kita adalah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang ) yang tidak mampu dibayar.

            Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian MUFLIS yang baginda maksudkan. Penjelasan ini cukup menggerunkan hati-hati yang tersemai iman di dasarnya, bimbang sekiranya  terjerumus ke kancah MUFLIS . Baginda bersabda ” Orang yang MUFLIS di kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat. Dalam masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah , memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Lalu diambil pahalanya (si MUFLIS) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si MUFLIS. Kemudian ia dihumban ke neraka !” Hadis ini diriwayatkan daripada Abi Hurairah oleh Imam Muslim dalam Kitab Melakukan Kebaikan dan Silaturrahim , bab Larangan Melakukan Kezaliman (no 2581).

Wednesday, 2 January 2013

Perjalanan Menuju Allah


PERJALANAN MENUJU ALLAH...

Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!