Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Friday, 25 January 2013

Hukum Kanak-Kanak Solat Di Saf Dewasa

HARUS bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf (orang dewasa), tidak kira samada di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka berada bersama-sama dengan golongan dewasa, sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara ini adalah pendapat yang Mu'tabar, dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Profesor Dr Wabbah Az-Zuhaili di dalam 'Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu' (Jilid 1, Halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan.


Sebagai Dalil, Baginda Nabi Muhammad SAW telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam Solat Berjamaah dan Baginda SAW tidak pernah menempelak, menghalau & menengking anak yang sudah berada di dalam Saf (berada di dalam Saf hadapan, bersama orang dewasa), seperti yang kerap berlaku di kebanyakan Masjid di negara kita ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu saf yang berlainan (lazimnya di bahagian belakang, agak jauh dari Saf bersama orang dewasa). Apa yang pasti ialah Baginda Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kanak-kanak (anak-anak) mereka berada hampir dan bersama ibubapa atau penjaga mereka, supaya mereka tidak mengganggu Solat Berjamaah yang sedang dilakukan. Perkara ini disebutkan dengan jelas oleh Ulama' Hadis seperti Al-Manawi di dalam 'Faidhil Qadir' dan Az-Zailaghi di dalam 'Nasbur Rayah' (Jilid 2, Halaman 491).

Justeru, pendapat yang mengatakan Solat menjadi batal jika disebabkan kehadiran anak (kanak-kanak) yang belum berkhatan di dalam Saf (hadapan, bersama orang dewasa) adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu) seperti yang diperjelaskan oleh Ulama' hadis & ramai Ulama' Fiqh daripada kalangan Fuqaha terkenal. Pendapat yang mengatakan Solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama' dari kalangan Hanafiyah dalam 'Raddul Muhtar' tertolak kerana bertentangan dengan Hadis Sahih.

Wallahu'alam...

(Catatan dari Ustaz Aizam, Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor. 18hb Jun 2004 / 29 Rabiulakhir 1425).


Dapatkan ilmu agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!