Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Wednesday, 2 January 2013

Perjalanan Menuju Allah


PERJALANAN MENUJU ALLAH...

Firman Allah SWT..."DiriKu menyaksikan diriKu sendiri,bahawa tidak ada Tuhan selain aku sendiri, tidak ada sekutu bagiKu,Muhammad itu adalah hamba dan RasulKu.Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapanKu,tidak sabar atas cubaanKu,tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa cukup terhadap pemberianKu, maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain dari Aku"...(Hadis Qudsi)



"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."....(QS Al-Baqarah (2);153)

"Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa."...(QS Al-Baqarah (2);194)

"Dan barangsiapa yang benar2 bertaqwa kepada Allah, akan diberikan kepadanya jalan keluar dan akan diberikannya rezeki yang tidak diduga-duga, dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.".. (QS At-Thalaq (65); 2-3)

"dan adalah hak Kami untuk menolong kaum mukmin..."(QS Ar-Rum (30); 47)

TITIAN MENUJU TAQWA

1. Mu'ahadah ( Ingati perjanjian dengan Allah )
"dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji." (Surah Al-Nahl:16:91)

2. Muraqabah ( berasa dekat dengan Allah )
"yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk solat) dan melihat pula perubahan gerak badanmu antara orang yang sujud."..(Surah al-Syu'ara 26:218-219)

3. Muhasabah (Koreksi diri)
"wahai orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hasyr 59 : 18)

4. Mu'aqabah (menghukum diri)
"Dan dalam qisas (sejenis hukuman) itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu wahai orang yang berakal,supaya kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah 2 :178)

5. Mujahadah (Melawan nafsu)
"Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik."
(surah al-Ankabut 29:69)

PERJALANAN TAKDIR: Bukan kita memilih takdir tetapi takdirlah yang memilih kita
Bagaimanapun,..  Takdir bagaikan angin seorang pemanah.. Kita harus selalu mencuba.. Untuk membidik ... Dan melepaskannya pada saat yang tepat..
-Salehuddin Al-Ayubi-

KASIH RASULULLAH SAW : suatu ketika Rasullullah berkumpul ddalam satu majlis bersama sahabat2, tiba2 bergenang air mata Rasullullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihatnya.. bila ditanyakan oleh Abu Bakar r.a. , baginda mengatakan bahawa terlalu rindukan umatnya yang disebut ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan S.Abu Bakar sekali lagi bertanyakan pada Rasullullah s.a.w- bukankah kami ini ikhwanmu? Rasullulah menjawab "..tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka....."

~KITA SELAMANYA MILIK  ALLAH  ~


Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)

No comments:

Post a Comment

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!