Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tuesday, 15 January 2013

Roh Dan Mimpi


ROH DAN MIMPI

Jika ingin tahu, ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi. Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini.

Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."

Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."



Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas lambung kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar."

Mimpi yang benar?

Al-Hakim, al-Tabrani dan al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Umar kata-kata daripada Ali RA; "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tiadalah seorang hamba sama ada yang lelaki atau wanita, yang mana apabila mereka tidur dengan sepenuh-penuhnya, yang mana apabila mereka dinaikkan rohnya ke Arash. Maka orang yang tidak sedar daripada tidurnya melainkan setelah rohnya sampai di Arash, itulah orang yang mimpinya benar. Dan orang yang terjaga daripada tidurnya sedangkan rohnya belum sampai ke Arash maka itulah orang yang mimpinya dusta."

Jasad dan Roh Terikat?

Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku.

Tafsir (takwil) Mimpi?

Ibnu Qayim al-Jauziah, meriwayatkan mimpi boleh ditakwilkan atau dicari tafsirnya. Bagi ahli-ahli sufi, mimpi ditafsirkan melalui rahsia al-Quran. Bagi mereka yang tidak tahu, al-Quran merupakan Kalam Allah terdiri 11 pintu perbendaharaan rahsia yang perlu diterokai dan salah satunya ialah Qalam Takwil Mimpi iaitu rahsia ke-9, mukjizat Al-Quran.

Walau bagaimanapun, individu yang mampu memiliki dan menafsir ilmu mimpi bukan calang-calang orangnya iaitu orang yang mempunyai keperibadian yang amat baik di dunia dan akhirat. Berlandaskan kesucian hati dan amal individu itu. Serta lengkap sempurna amalnya dan sentiasa dibantu oleh cahaya Allah SWT serta pengetahuan yang amat baik tentang setiap rahsia makhluknya.

Al-Quran sebagai Qalam Takwil Mimpi, adalah sifat al-Quran yang paling lembut, paling umum ia merangkumi aktiviti yang paling luas meliputi perkara sebelum, semasa dan selepas yang melibatkan semua perkara di langit dan di bumi. Ketika tidur, roh sebenarnya telah dituliskan takdirnya berdasarkan kepada Qalam ini yang telah diwujudkan 50,000 tahun sebelum sesuatu perkara berlaku di dunia, dan sekali lagi ditetapkan ketika 40 hari pertama dan 40 hari ketiga.

Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.

Tetapi bagaimana pula, ada orang yang berkata, tidak pernah mimpi dalam tidurnya? Atau pun lupa mimpinya selepas bangun tidur???? Yeah itulah rahsia roh yang kita tahu hanya sedikit sahaja.

Rujukan :
At-Tibyan - Ibnu Qayyim Al-Jauziah
Kasyful Ghummah - Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani.

Dapatkan Kitab Ar-Ruh - Ibnu Qayyim Al-Jauziah untuk membaca pelbagai ilmu tentang ruh..

Dapatkan info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)
Comments
2 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

2 comments:

  1. Assalamualaikum,blh tnya x? Cmne sesorg tu mimpi roh keluar dr jasad ketika sdg tidur? Dan mngalami mimpi yg berkaitan Sabila berpanjangan sehinggakan bla trjaga seolah2 penat bejalan kesana sini dlm mimpi? Bjumpa dgn org yg telah meninggal dgn pesanan dan sbgainya... mimpi Org yg akn meninggal dan trnyata benar2. Blku... bkn skli ttpi bkali2... Mohon pncerahan... time kasih...

    ReplyDelete

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!