Blogger Widgets
Jika Anda mempunyai artikel yang ingin dipaparkan di sini beserta dengan nama anda, sila klik button "Share your article/contact us" di bawah. Terima kasih atas perkongsian artikel. Artikel dari anda amat dialu-alukan..

Followers

Follow my status update (Dakwah kerana Allah)

Anda sakit? Ramai yang bergantung pada ubat kimia sehingga merosakkan buah pinggang.. Mengapa tidak dengan herba?? Lawati website perubatan jawi dan thibbun nabawi untuk mendapatkan rawatan tentang penyakit anda 100% tanpa bahan kimia.

Tentang Blog ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Blog ini dinamakan "Info Islam" kerana saya fikir sesuai dengan artikel yang menjurus ke arah itu. untuk pengetahuan semua, segala artikel yang terdapat di blog ini adalah perkongsian daripada tempat lain. ada juga artikel yang saya ambil daripada majalah-majalah islamic.


Hasrat utama saya adakan blog ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada semua orang. Blog ini bukan sahaja dibaca/dikunjung oleh rakyat malaysia sahaja, tetapi blog ini telah dibaca/dikunjung oleh berpuluh-puluh buah negara asing. hal ini menambahkan semangat saya untuk terus mengemaskini artikel-artikel di blog ini.


saya juga bukan lah seorang yang hebat dalam hal ini. Banyak benda yang harus kita belajar dan terus belajar  untuk memastikan kita berjaya di dunia dan di akhirat. Saya hanya seorang manusia biasa yang sangat mengharapkan keredhaan Allah yang maha Esa.


Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah mendidik saya dari kecil hinggalah ke saat ini sehingga saya dapat mengenali erti kehidupan dan dapat mengenali siapakah penciptaku. saya juga berterima kasih pada guru-guru saya di sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Simpang Ampat, Perlis,Malaysia, terutamanya kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang telah banyak mengajar saya ilmu agama ini.


Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Secara hakikatnya, kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan yang sebenarnya kerana dunia ini akan berakhir. sebaliknya, kehidupan di akhirat itulah baru kehidupan yang sebenarnya kerana kehidupan di sana bersifat kekal, tiada pengakhiran. Apabila dikatakan negeri akhirat itu kekal selamanya, ini bermakna kita akan hidup selamanya di sana, kita tidak akan mati lagi di sana. jadi, amat rugilah jika kehidupan yang selamanya itu merupakan suatu kesengsaraan!


Cuba ambil masa sebentar, muhasabah diri kita. tidakkah kita teringin untuk merasa kehidupan bahagia di akhirat yang selamanya itu??. adakah kita ingin hidup dalam keadaan azab seksa di alam yang kekal itu??


Adakah perbuatan kita selama ini merupakan perbuatan yang mendatangkan keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Jika Allah mahu cabut nyawa kita sekarang ini pun boleh, tapi kenapa tidak? ini lah tanda kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNya. Allah ingin memberi kita ruang dan waktu untuk memperbaiki kesilapan diri. ketahuilah, Allah itu maha pengampun dosa-dosa besar. cuba renungi sabda Rasulullah di bawah:
Anas r.a mengkhabarkan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda bahawa Allah telah berfirman, maksudnya: "Hai bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap padaku aku ampunkan kamu apa yang telah terjadi kepada kamu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya. hai bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepadaku, aku ampunkan bagimu dan tidak aku hiraukan betapa banyaknya. hai bani Adam, seandainnya engkau datang kepadaku dengan membawa dosa sepenuh bumi, asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatupun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.
Wahai saudaraku, masih ada sisa-sisa hidup yang tinggal untuk kita bertaubat kepada Allah. Ambillah peuang yang hanya sekali ini. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang mendapat keampunan dan bimbingan daripada Allah. amiinnn~~~

Semoga blog ini akan terus mendapat sokongan daripada anda semua.. terima kasih.. :)



                                                                                                                                                                     


nama ana Mohd Rahimi Bin Jorani
ana ingin mencari ketenangan diri,agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi kerana di sini hanyalah persinggahan yang dituju adalah alam akhirat yg kekal abadi.Setiap diri kita terselit rahsia masing-masing kan,renungkanlah akan diri sendiri atas setiap dosa dan kesilapan yang kita lakukan,bersediakah kita melalui perjalanan yang tiada kesudahannya nanti,subhanallah.yang pastinya kita tetap akan melalui samada bersedia mahupun sebaliknya...

Dapatkan info-info agama di facebook anda. Follow me (Niat kerana Allah)




Comments
1 Comments

1 comments:

kongsi artikel anda di sini dengan cara mudah dan cepat

Thank you if you like!!